RSS

Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Penyewaan :


1)    Permohonan niaga terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

2)    Perniagaan akan dijalankan dibawah konsep tapak sementara dimana setiap khemah akan dipasang sebelum perniagaan bermula dan ditutup sejurus perniagaan tamat setiap hari.

3)    Perniagaan akan beroperasi dari jam 9.00 malam dan akan tamat pada jam 3.00 pagi setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad bagi Khemah sementara, manakala untuk Khemah tetap, akan beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 pagi. Walaubagaimanapun penganjur berhak meminda waktu perniagaan mengikut kesesuian masa dan keadaan.

4)    Perniagaan yang dijalankan mestilah bersesuaian dengan konsep jualan Bazaar. Segala barang larangan seperti minuman keras,dadah,mercun dsb adalah dilarang. Penganjur berhak merampas barangan-barangan tersebut jika didapati ada peniaga yang menjalankan perniagaan barang-barang terlarang tersebut.

5)    Kebersihan adalah tanggungjawab penyewa sepenuhnya. Bayaran denda sebanyak RM 50.00 akan dikenakan sekiranya didapati penyewa tidak menjaga kebersihan tapak niaga masing-masing.

6)    Para penyewa dikehendaki menyediakan sendiri khemah berukuran 8 x 8 (warna biru). Sekiranya perlu penganjur akan membantu penyewa membuka dan menutup khemah tersebut secara percuma. Namun  penganjur tidak bertanggung jawab di atas segala kerosakan yang berlaku terhadap khemah-khemah tersebut.

7)    Hanya khemah dibenarkan untuk disimpan di stor yang disediakan oleh pihak penganjur. Peniaga dilarang menyimpan barang-barang niaga di stor berkenaan.

8)    Para peniaga dilarang menimbulkan kekecohan dan mengganggu perniagaan peniaga yang lain apatah lagi menimbulkan huru-hara di tapak niaga sepanjang masa. Penganjur tidak akan teragak-agak untuk membatalkan sewaan kepada sesiapa yang didapati melanggar peraturan tersebut tanpa wang dikembalikan.

9)    Jualan makanan dan minuman adalah dilarang sama sekali kecuali dengan izin pihak penganjur (bergantung kepada produk yang dijual)

10)    Bazaar akan bermula pada 22 Julai 2011 dan akan berakhir pada Malam Aidilfitri 2011 ( dijangka 31 Ogos 2011)

11)    Segala pertanyaan boleh diajukan kepada penganjur di talian 012-2773109 (Sal) atau 010-5208040 (Fadzil-MARA) atau 012-3071150 (Halimy-PUAM)

12)    Pemilihan tapak niaga adalah dibawah konsep ‘siapa cepat dia dapat’. Borang-borang mestilah dikembalikan pada atau sebelum 15hb Julai 2011 beserta bayaran penuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS